the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan – PM

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Pakistan bersetuju untuk meneroka ruang memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon malam tadi.

“Menerusi perbualan telefon tersebut, kami senada mahu meneroka ruang untuk memperhebat hubungan Malaysia-Pakistan, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

“Mendoakan semoga hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang demi manfaat bersama, insya-Allah,“ katanya menerusi hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Perdana Menteri hari ini.

Anwar berkata beliau juga menyambut baik cadangan Shehbaz untuk mengeskport daging halal dari negara itu ke Malaysia.

Selain itu, Anwar berkata turut dibincangkan dalam perbualan telefon tersebut adalah pelbagai isu serantau dan antarabangsa, termasuk situasi di Gaza dan Afghanistan.

“PM (Perdana Menteri) Shehbaz juga memuji pendirian Malaysia terkait permasalahan di Palestin,“ katanya.

Menurut beliau lagi, kedua-dua mereka juga menzahirkan harapan agar hubungan antara Malaysia dan Pakistan terus diperkukuh, dan Shehbaz mengulangi undangan untuk Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan secepat mungkin.

Kedua-dua pemimpin itu juga berbalas ucapan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam di kebanyakan negara termasuk Malaysia semalam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings