the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perumahan Felda: Ahmad Samsuri ucap terima kasih kepada PM

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana akan memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu perumahan generasi kedua dan ketiga Felda.

Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri juga sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi mempermudahkan pelaksanaan projek itu demi kebaikan dan kesejahteraan penduduk terlibat.

“Saya ingin mengambil kesempatan dalam sidang (Dewan Undangan Negeri) pada hari ini untuk mengucapkan setinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengumumkan semalam di Chukai, untuk memberi keutamaan menyelesaikan isu perumahan generasi kedua dan ketiga Felda.

“…semua peneroka Felda di Terengganu juga menyumbang kepada ekonomi negara. Terima kasih kerana mendengar suara rakyat Felda di Terengganu ini,” katanya pada sesi Penggulungan Belanjawan Terengganu 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri juga berharap usaha itu berjalan lancar dan menjadi kenyataan.

Semalam, pada program Ramah Mesra Bersama Komuniti FELDA dan Ketengah di FELDA Seberang Tayor di Chukai, Anwar berkata kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA.

Perdana Menteri berkata beliau telah menerima beberapa cadangan mengenai perkara itu dan ia sedang diteliti untuk tindakan selanjutnya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings