the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piala Sultan Selangor 2024 bakal gamit nostalgia Stadium Merdeka

KUALA LUMPUR: Stadium Merdeka bakal menggamit nostalgia kegemilangan bola sepak tanah air apabila ia dipilih sebagai venue bagi Piala Sultan Selangor 2024 pada 17 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Piala Sultan Selangor Tan Sri Abd Karim Munisar (gambar) berkata stadium ikonik itu dipilih untuk penganjuran kejohanan edisi ke-20 tersebut kerana pihak penganjur mahu memberi peluang kepada peminat merasai semula aura kelahiran beberapa legenda bola sepak negara dan Selangor.

Antaranya Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, mendiang Datuk R. Arumugam, Datuk Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun.

“Oleh itu, kita kekalkan keadaan Stadium Merdeka seperti asal, (misalnya) tak ada skor digital.

“Kerja membaik pulih sudah 70 peratus selesai dan akan lengkap pada hujung Februari ini untuk menganjurkan Piala Sultan Selangor selepas empat tahun kejohanan itu ditangguhkan kerana COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan meninjau kerja-kerja membaik pulih stadium berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata selain aksi Piala Sultan Selangor di antara Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura, perlawanan melibatkan veteran kedua-dua pasukan turut diadakan di stadium berkenaan.

“Kita juga akan mengadakan pertunjukan bunga api, pertunjukan payung terjun oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa Jalur Gemilang dan Selangor, selain persembahan hiburan turut diselitkan bagi menambah kemeriahan.

“Lebih 20,000 tiket akan dijual bagi perlawanan ini pada harga serendah RM10,” katanya.

Pilihan Selangor bergelar juara Piala Sultan Selangor sebanyak sembilan kali pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019.

Pilihan Singapura pula menjuarai saingan berkenaan tujuh kali iaitu pada 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2016 dan 2017.

Pada 2004, kedua-dua pasukan dinobatkan juara bersama, manakala pada 2015 dan 2020 terpaksa dibatalkan masing-masing berikutan keadaan jerebu dan Covid-19 yang membimbangkan.

Stadium Merdeka dianggap sebagai keajaiban kejuruteraan Persekutuan Tanah Melayu apabila ia mula dibina pada 1956 dan siap dalam tempoh setahun, seterusnya menjadi tuan rumah bagi detik paling bersejarah apabila Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 diikuti pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.

Bagi peminat sukan, Stadium Merdeka pastinya tempat yang penuh kenangan dan menjadi kubu kuat skuad kebangsaan dalam pelbagai kejohanan bola sepak termasuk Pestabola Merdeka. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings