the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rexy: ABM pegang prinsip tidak manjakan pemain

KUALA LUMPUR: Akademi Badminton Malaysia (ABM) berpegang kepada prinsip untuk tidak memanjakan pemain yang disifatkan boleh memberi kesan negatif terhadap mereka dalam mana-mana kejohanan disertai pada masa akan datang.

Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky (gambar) berkata pendekatan memanjakan pemain boleh ‘membunuh’ karier atlet itu dan pada masa sama mempengaruhi ketahanan mental selain merencatkan proses pembangunan skuad kebangsaan.

Beliau berkata kata-kata semangat kepada atlet biarpun sering menampilkan aksi kurang memberangsangkan dalam mana-mana kejohanan juga mampu memberikan kesan jangka panjang yang tidak baik kepada mereka.

“Kadang-kadang orang sering cakap supaya bangkit lebih kuat tetapi tidak tahulah bagaimana pemain-pemain tafsir perkara itu. Bukan saya tidak suka mengenainya tetapi kadang-kadang pemain perlu dikritik,” katanya pada sidang media penilaian pemain kebangsaan di ABM, Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Beliau berpandangan semua pemain wajar diberikan kritikan jika tidak menampilkan aksi diharapkan kerana ia mampu menjadi penanda aras kepada pemain untuk menunjukkan peningkatan prestasi di masa akan datang.

Jurulatih kelahiran Indonesia berusia 55 tahun itu percaya ia dalam masa sama mampu mencabar pemain bagi membuktikan kemampuan sebenar yang ada dalam diri masing-masing.

“Sampai bila kita nak manjakan? Kenapa boleh kritik jurulatih tetapi bukan pemain? Kita kritik pemain atas dasar sayang. Saya tidak salahkan netizen tetapi seperti saya cakap, kadang-kadang perlu keras sedikit.

“Sekiranya peminat sentiasa cakap tidak ada masalah walaupun aksi mengecewakan, mereka akan rasa selesa. Apa yang anda cakap setiap hari, itu yang akan beri kesan kepada mental mereka,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings