the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentang semula

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentang semula bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, antara lain menggugurkan peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (gambar) ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat esok (29 Nov).

Terdahulu, beliau menarik semula Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali kedua seperti yang tertera dalam No 4 Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Rang undang-undang yang ditarik balik itu telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 12 Jun lepas sebelum dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen.

Berdasarkan rang undang-undang sebelum ini, Fasal 13 menyatakan tiada seorang pun boleh menjual dan membeli apa-apa produk tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada mana-mana orang yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.

Menurut Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentang hari ini, Fasal 13 (1) dan 13 (3) menyatakan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada orang belum dewasa.

Fasal 17 (1) pula menyatakan larangan merokok, mengunyah dan menggunakan produk tembakau kepada orang belum dewasa iaitu di bawah usia 18 tahun.

“Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak lebih RM500 atau diperintahkan melaksanakan khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau Akta Kanak-Kanak 2001,” menurut rang undang-undang itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings