the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri mohon bantuan anak OKU, jantung tersumbat

IPOH: Sepasang suami isteri memerlukan bantuan kewangan dan bekalan makanan berikutan kehilangan punca pencarian rezeki sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain perlu menanggung dua anak yang mengalami masalah kesihatan serius.

Julia Mohd Ali, 34, yang menghidap penyakit saraf belakang berkata keluarganya itu tiada punca pendapatan selepas dia jatuh sakit sejak Mac lepas manakala suaminya, Mohamad Syamrezlan Misak, 22, buruh kontraktor sambilan tidak boleh bekerja kerana dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Manjoi pada 6 hingga 19 Jun ini.

Lebih malang, mereka juga diuji apabila anak sulung hasil perkahwinan pertamanya berusia 16 tahun mengalami masalah Dislexia manakala anak bongsunya berusia 11 bulan disahkan menghidap penyakit jantung tersumbat dan sawan sejak tiga bulan lepas.

“Anak sulung juga adalah pesakit OKU (Orang Kurang Upaya) mental akibat kemalangan ketika berusia lapan tahun semasa menaiki motosikal yang ditunggangi oleh bekas suami manakala anak bongsu hasil perkahwinan kedua pula, saya baru mengetahui dia tidak sihat.

“Setiap enam minggu sekali saya perlu membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan. Dijangka pada bulan Ogos ini dia akan menjalani imbasan Magnetic Resonanse Imaging (MRI) jantung,“ katanya.

Julia yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat berkata keluarganya kini menyewa di sebuah rumah di Kampung Tengku Hussein, Manjoi, dengan kadar bayaran RM300 dibiayai oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) selama tiga bulan.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta Shamsudin Osman berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menjalankan siasatan terperinci bagi meneliti bantuan yang boleh diberikan kepada mereka termasuk bantuan bulanan setelah melawat keluarga itu hari ini.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings