the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Adik penyerang balai polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah gagal beri maklumat ideologi keganasan

KUALA LUMPUR: Adik kepada lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan.

Mariah Radin Imran, 19, seorang penjual kuih membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim K. Muniandy, yang kemudiannya menetapkan 9 Jan 2025 untuk pengurusan kes.

Wanita itu didakwa dengan sengaja tidak memberi apa-apa maklumat berkenaan kesalahan berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam manakala Mariah diwakili peguam Arief Firdaus Ashikin.

Pada 24 Sept, Mahkamah Sesyen Johor Bahru memerintahkan kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram, yang berdepan dengan sembilan pertuduhan berasingan berkaitan keganasan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, di sini.

Kelima-lima mereka terdiri daripada bapa penyerang berkenaan Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, ibunya Rosna Jantan, 59, dan tiga adik-beradiknya Radin Romyullah Radin Imran, 34, Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings