the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AGC tolak representasi remaja dalam kes memandu bahaya tiga maut

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

AGC menolak representasi remaja 17 tahun yang dituduh memandu bahaya hingga tiga remaja maut, kes ditetapkan untuk pengurusan 17 Dis.

SEREMBAN: Jabatan Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan remaja berusia 17 tahun untuk mengkaji pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan tiga kematian.

Timbalan Pendakwa Raya P Rubini memaklumkan penolakan tersebut semasa sebutan kes di Mahkamah Majistret hari ini.

Peguam Nor Amirah Ibrahimi Suhaimi yang mewakili remaja itu memohon tarikh baharu untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan.

BACA: Remaja lelaki direman bantu siasatan kemalangan di Senawang

Mahkamah menetapkan 17 Disember untuk pengurusan kes selanjutnya.

Remaja itu didakwa memandu kenderaan Honda Jazz secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga remaja di Jalan Persiaran Senawang 1 pada 8.30 malam 6 Mac.

Mangsa yang maut ialah Muhammad Aidil Ramdan Abdullah (15), Muhammad Aswari Lotpi (16) dan Aisar Azim Abdullah (17).

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Remaja itu juga menghadapi pertuduhan memandu tanpa lesen yang sah di tempat dan waktu sama.

Kesalahan kedua dikenakan mengikut Seksyen 26(1) akta sama yang membawa hukuman denda RM300 hingga RM2,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings