the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amanah yakin mampu kekal dengan strategi “politik koalisi”

KLANG: Strategi “politik koalisi” atau politik gabungan yang dianjurkan Parti Amanah Negara (Amanah) menjadi ukuran kekuatan yang membawa parti itu untuk terus kekal dalam arena politik negara.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata parti itu yang sudah berusia lapan tahun telah melalui dua pusingan pilihan raya umum (PRU) dan terkini pada PRU15, Amanah mendapat lapan kerusi Parlimen dan dua posisi menteri penuh.

“Saya nak sebut di sini, nak menubuhkan parti memang senang tetapi pertahankan keberadaan parti itu memang sukar,” katanya ketika menyampaikan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 bertemakan “Mengangkat Agenda Perpaduan” di sini hari ini.

Mohamad berkata mengenang kepada parti Semangat 46 yang ditubuhkan pada 1988 dan disertai ramai tokoh politik hebat, parti itu bagaimanapun hanya sempat melalui dua pusingan PRU sebelum dibubarkan.

“Apakah Amanah akan ikut jejak langkah itu? Tidak sama sekali sebab kita bina parti berdasarkan koalisi (gabungan). Kita tahu kita tidak kuat dan berpaut dengan rakan-rakan yang lain. Dahulu dengan Pakatan Harapan (PH), sekarang Kerajaan Perpaduan bersama PH dan Barisan Nasional serta rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata strategi dan pendekatan politik Amanah yang menganjurkan “politik koalisi” memberi asas kepada kekuatan parti itu kerana sedar bahawa sistem “satu parti dominan” telah berlalu.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan Amanah juga menolak dasar mendiskriminasi kaum minoriti dan mendominasinya dengan konsep ketuanan kaum.

Parti itu juga, katanya menentang “politik identiti” atau yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) kerana membawa pendekatan “Politik Adu-Domba”, politik menakut-nakutkan orang Melayu dan lslam, kononnya Islam terancam dan Melayu terabai.

Beliau berkata apabila pegangan agama secara melampau bergandingan dengan politik perkauman seakan lupa sifat kepelbagaian budaya dan kemajmukan etnik, Malaysia akan terus berantakan serta dalam konflik perebutan kuasa politik.

Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini akan melaksanakan sesi pemilihan bagi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah 2023-2026 termasuk memilih lima jawatan tertinggi parti yang dijalankan esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings