the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APCW 2023 platform berkesan bagi Johor perkukuh komitmen terhadap tindakan iklim

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

JOHOR BAHRU: Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 yang menutup tirai hari ini merupakan platform berkesan bagi Johor memperkukuh komitmennya terhadap tindakan iklim dan sebagai kuasa peneraju dalam memerangi kemerosotan alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han berkata acara itu menjadi pemangkin kepada gelombang inisiatif transformatif yang setiap satu direka untuk menghadapi krisis iklim secara berterusan sambil memacu negeri ke arah masa depan yang mampan dan makmur.

“Inisiatif yang diketengahkan pada APCW 2023 bukan sekadar berkenaan komitmen alam sekitar, tetapi asas untuk era baharu pertumbuhan dan kemakmuran di Johor. Dengan mendukung kelestarian, kami mencipta peluang ekonomi baharu, memupuk inovasi dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

“Kami meletakkan Johor sebagai peneraju pembangunan mampan, menunjukkan bahawa penjagaan alam sekitar dan kemajuan ekonomi boleh bergerak seiring,“ katanya ketika berucap pada majlis penutup APCW 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata setiap sesi pada minggu iklim yang berlangsung bermula Isnin itu, antaranya mengenai pasaran karbon, menjadi bukti kepintaran, daya tahan dan keazaman teguh bagi rantau Asia Pasifik dalam menangani isu perubahan iklim.

“Lebih penting, kita akan didengarkan sebagai satu suara pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu COP 28 di Dubai dalam masa kurang dua minggu,“ katanya.

APCW 2023, satu daripada empat minggu iklim serantau yang berlangsung menjelang persidangan berkenaan di Emiriah Arab Bersatu pada hujung bulan ini, disertai 3,800 peserta dari 108 negara yang mengambil bahagian dalam lebih 200 sesi pada acara itu yang diadakan di Johor.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings