the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ATM sahkan tiada kekurangan SOP latihan PALAPES

Panglima ATM menegaskan tiada kekurangan dalam SOP latihan PALAPES, menggesa ibu bapa tidak bimbang hantar anak sertai angkatan tentera.

PORT DICKSON: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan tiada sebarang kekurangan dikesan terhadap prosedur operasi standard (SOP) latihan bagi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) setakat ini.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata semua SOP telah dikemas kini dan dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penganugerahan pingat kepada anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 di sini.

Mohd Nizam menegaskan ibu bapa tidak perlu bimbang untuk membenarkan anak menyertai ATM susulan beberapa isu terpencil.

“ATM bukan sesuatu yang menakutkan, sebenarnya ia langkah sebahagian daripada pengorbanan pada negara,” katanya.

Beliau menambah budaya buli tidak diamalkan dalam ketenteraan.

Latihan yang dijalankan bertujuan membentuk keperibadian dan ketahanan sebagai seorang perwira.

“Apa-apa kesalahan undang-undang awam adalah juga kesalahan pada undang-undang tentera,” jelasnya.

Setiap anggota perlu mematuhi Kod Tatalaku atau Etos Kepahlawanan yang ditetapkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings