the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 12, 2025
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Batik Air lancar empat laluan baharu dari Subang ke destinasi serantau

Batik Air perkenal penerbangan terus dari Subang ke Singapura, Jakarta, Johor Bahru dan Langkawi, sokong SARP dan Tahun Melawat Malaysia 2026

PETALING JAYA: Batik Air hari ini memperkenalkan empat laluan baharu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, yang menawarkan penerbangan terus ke Singapura, Jakarta, Johor Bahru dan Langkawi.

Syarikat penerbangan itu berkata langkah perluasan rangkaian tersebut mengukuhkan lagi kedudukan Subang sebagai pintu masuk bandar raya yang mudah diakses oleh warga Lembah Klang.

Ketua Pemasaran Batik Air Bavani Veeriah berkata lokasi strategik Subang serta kerja-kerja naik taraf yang sedang dijalankan akan terus meningkatkan daya tarikannya kepada penumpang perniagaan dan pelancong.

“Lapangan Terbang Subang akan kembali rancak, dan kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada gelombang pertumbuhan baharu ini, dipacu oleh lokasinya yang strategik dan suntikan nafas baharu yang diberikan kepada lapangan terbang ini,” katanya pada sidang media sempena pelancaran laluan berkenaan, di sini hari ini.

Beliau berkata pengembangan operasi itu juga menyokong Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) oleh kerajaan, yang bertujuan memodenkan Subang sebagai lapangan terbang dalam bandar serta merangsang aktiviti pelancongan dan ekonomi.

“Perkembangan ini bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysi 2026 yang semakin hampir,” kata beliau.

Selain laluan baharu tersebut, Batik Air kini mengoperasikan penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching dan Bangkok.

Dalam pada itu, Bavani berkata syarikat penerbangan berkenaan turut melancarkan promosi “Save Big This 12.12” bermula hari ini hingga Ahad, bersempena pelancaran laluan baharu tersebut.

“Penumpang boleh merancang dan membuat tempahan awal untuk perjalanan sehingga Jun 2026. Sama ada percutian singkat hujung minggu, percutian keluarga atau perjalanan yang dinantikan sekian lama, promosi ini menawarkan nilai hebat kepada para pelanggan kami,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Skychakra Global Capital Strategy Upgrade: Advancing Cross-Border Listings and RWA Ecosystem

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 11 December 2025 - Skychakra Group recently held a grand inauguration ceremony at the Hong Kong International Center, announcing the official acceleration of its globalization strategy.
spot_img

Popular Categories