the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan – Hannah

PUTRAJAYA: Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan, kata Menteri Belia dan SukanHannah Yeoh

Beliau berkata sukan terbabit merupakan antara 103 jenis sukan yang diwartakan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan senarai sukan tersebut akan dipaparkan dalam laman sesawang KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dalam masa terdekat.

“Pembayaran keahlian gimnasium dan latihan sukan adalah skop baharu yang telah dimasukkan dalam pelepasan cukai. Ini bermaksud, bila mereka buat tuntutan (pelepasan cukai) untuk tahun depan, mereka boleh sertakan resit pembayaran. Tuntutan (pelepasan) sehingga RM1,000,” katanya.

Beliau becakap pada sidang media pengumuman syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan di sini hari ini,

Selain itu, Hannah berkata pelepasan cukai turut diberikan bagi pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan yang tersenarai dalam Akta 576 dan bayaran pendaftaran menyertai pertandingan sukan termasuk larian.

Hannah berkata insentif itu merupakan perbelanjaan yang dibenarkan untuk kegunaan atau manfaat diri sendiri, suami, isteri atau anak.

“Kita tahu ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk menyertai kejohanan, mereka juga boleh menikmati insentif ini,” katanya.

Hannah berkata pelepasan cukai itu adalah tertakluk kepada beberapa kriteria iaitu penyertaan latihan sukan perlu dikendalikan oleh jurulatih, kelab atau syarikat yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016, latihan secara one-off atau bersiri, jenis sukan adalah tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta 576 dan perbelanjaan mesti dibuktikan dengan resit pembayaran.

“Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan penyedia latihan mematuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan agar mereka layak mendapat pelepasan cukai ini,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 9,955 entiti sukan berdaftar dengan PJS dan dijangka akan meningkat susulan penerimaan kira-kira 100 permohonan setiap minggu, katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings