the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Rakyat lulus Rancangan Malaysia Ke-13 untuk pembangunan 2026-2030

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang merupakan rancangan serta hala tuju pembangunan negara untuk tempoh 2026 hingga 2030.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng berkata usul itu diluluskan selepas lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Terdahulu, usul RMK13 itu dibahaskan selama lapan hari bermula 4 Ogos oleh 161 Ahli Parlimen, disusuli dengan penggulungan menteri setiap kementerian selama empat hari sejak Isnin lepas.

Persidangan hari ini menyaksikan enam lagi kementerian meneruskan penggulungan perbahasan RMK13 termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Digital dan Kementerian Ekonomi sebagai kementerian terakhir.

Antara isu dibangkitkan Ahli Parlimen pada sesi perbahasan ialah pendekatan fleksibel dan berteraskan pilihan berhubung cadangan pembayaran pencen secara bulanan menerusi simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penggubalan dasar baharu dan memperkukuh struktur pendidikan serta dasar ekonomi kreatif negara atau ekonomi jingga.

Pada 31 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan RMK13 bertemakan “Melakar Semula Pembangunan” yang menetapkan hala tuju peralihan strategik Malaysia ke arah sistem ekonomi, sosial dan tadbir urus negara secara menyeluruh berpaksikan falsafah dasar keterangkuman, kemampanan dan daya tahan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

RMK13 memperincikan perancangan lima tahun Malaysia menerusi pendekatan pembangunan berasaskan tiga teras utama iaitu menaikkan siling (pertumbuhan ekonomi), menaikkan lantai (kehidupan rakyat) dan memperkukuh tatakelola (pentadbiran berkesan).

Menerusi empat tonggak dengan 27 keutamaan dan disokong lebih 100 strategi pelaksanaan, RMK13 menampilkan pelbagai reformasi rentas sektor dan perancangan mempercepat peralihan ekonomi berasaskan digital dan teknologi termaju termasuk kecerdasan buatan (AI), di samping memastikan manfaat pembangunan diagih secara adil merentas wilayah, kelas sosial dan generasi.

Persidangan bersambung Isnin. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings