the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembelian pesawat Boeing US$9.5 bilion tidak jejas hutang negara – MOF

KUALA LUMPUR: Pembelian pesawat Boeing bernilai US$9.5 bilion bagi fasa kedua tidak akan menjejaskan tahap hutang negara.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata pembelian itu sebahagian daripada perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK3).

“Pada masa ini, semuanya berada dalam jangkaan kita,” kata Lim dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mengenai langkah kontingensi kerajaan.

Soalan itu berkaitan kawalan beban hutang negara selepas komitmen pembelian pesawat dari Amerika Syarikat (AS).

Nik Muhammad turut bertanya justifikasi kerajaan membenarkan hutang negara kekal tinggi di tengah ketidaktentuan geopolitik.

Lim menjelaskan peningkatan hutang kerajaan disebabkan keperluan membiayai defisit fiskal bagi perbelanjaan pembangunan (DE).

“Pembiayaan ini secara langsung meningkatkan paras hutang kerajaan selagi kedudukan kewangan kerajaan mengalami defisit,” katanya.

Kerajaan membiayai DE menerusi pelbagai sumber seperti hasil cukai dan pendapatan bukan cukai.

“Setakat ini, kerajaan tidak pernah meminjam melebihi had statutori dalam akta berkaitan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Setakat akhir Jun 2025, instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia adalah pada kadar 62.7 peratus.

“Angka ini tidak melebihi had 65 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar di bawah Akta 637 dan Akta 275,“ jelasnya.

Pinjaman luar pesisir berjumlah RM22.8 bilion, tidak melebihi paras RM35 bilion di bawah Akta 403.

Bil Perbendaharaan Malaysia berjumlah RM2 bilion, masih di bawah paras RM10 bilion yang ditetapkan di bawah Akta 188. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings