the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuaca panas: Tangguh aktiviti luar darjah, henti aktiviti jika IPU lebih 100

PUTRAJAYA: Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) telah diarahkan mengambil langkah pencegahan bagi menghadapi cuaca panas dan jerebu dalam negara ketika ini, antaranya menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata bagi kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.

Menurut kenyataan itu peringatan telah diberikan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah KPM untuk mengambil langkah pencegahan.

“Aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas perlu dipantau bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas,“ kata KPM.

KPM berkata bekalan air minuman bersih mencukupi perlu disediakan di institusi pendidikan, dan murid digalakkan membawa air minuman sendiri, selain bekalan air minuman yang mencukupi perlu disediakan kepada murid di asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mereka mendapatkan air minuman.

Institusi pendidikan juga diingatkan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena jerebu di kawasan masing-masing, selain mematuhi saranan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan pelajar dan warga institusi.

“Institusi pendidikan perlu sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas,“ menurut kenyataan itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings