the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dzulkefly gesa banteras politik identiti untuk kekal kemenangan pilihan raya

IPOH: Politik identiti yang bersifat merendahkan kelompok lain serta menggunakan agama atau etnik perlu dibanteras bagi memastikan kemenangan dan kelangsungan dalam pilihan raya.

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata politik identiti menjadi antara punca perpecahan dalam parti atau gabungan politik.

Beliau menegaskan pendekatan yang lebih inklusif dan berprinsip perlu diutamakan dalam arena politik negara.

“Sangat mustahak untuk kita membanteras politik identiti, sebaliknya menjunjung politik berprinsip serta menolak total politik identiti sempit yang menghancurkan perpaduan.”

Dzulkefly yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak dengan tema “Menang Bersama”.

Mengenai Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, Dzulkefly berkata rundingan sedang berjalan dengan penuh hikmah.

Beliau berharap permohonan Amanah untuk bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri dapat dipertimbangkan oleh rakan gabungan.

Terdahulu, Naib Presiden Amanah Adly Zahari berkata permohonan untuk bertanding di lima kerusi telah dikemukakan melalui perbincangan bersama kepimpinan Pakatan Harapan.

Rundingan turut diadakan dengan Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah bagi memastikan kerjasama erat menjelang pilihan raya.

Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

Pembubaran DUN tersebut akan membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 untuk diadakan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Loan approvals taking longer following hire-purchase reform, dealers claim

Dealers told theSun that the HirePurchase (Amendment) Act 2026 had yet to produce any visible shift in sales or customer behaviour, although some reported slower loan processing and more questions about financing terms.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings