Tuesday, November 11, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat lelaki ditahan kerana rusuh di gelanggang bola keranjang Kluang

KLUANG: Empat lelaki tempatan ditahan kerana merusuh hingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah gelanggang bola keranjang di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 11.15 pagi yang mendakwa dirinya telah diserang beberapa individu tidak dikenali pada Jumaat sekitar 11 malam.

“Bertindak atas maklumat, hari ini sekitar 1.30 tengah hari, empat suspek berusia lingkungan 19 hingga 21 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah hasil semakan dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing kesemua suspek adalah negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, video berkaitan kejadian berdurasi 45 saat itu telah tular di media sosial menunjukkan insiden pergaduhan di gelanggang bola keranjang tersebut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories