the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat maut, enam hilang dalam kejadian bot karam di Pantai Belawai

MUKAH: Empat nyawa terkorban manakala enam lagi masih hilang dalam kejadian bot fiber karam di perairan Pantai Belawai berhampiran Kampung Belawai hari ini. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 2.11 petang melibatkan bot yang membawa 17 penumpang warga Indonesia dari Jeti Nelayan Kampung Belawai menuju ke Jeti Ladang Kelapa Zion Pelita.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, tujuh mangsa berjaya diselamatkan termasuk empat lelaki dewasa, dua wanita dewasa, dan seorang kanak-kanak lelaki. Empat mangsa yang ditemui meninggal dunia terdiri daripada dua wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki, dan seorang kanak-kanak perempuan.

Enam lagi mangsa masih belum ditemui, termasuk lima lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sejurus pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis tiba di lokasi pada jam 3.12 petang dengan bantuan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Sarawak Coast Guard, dan RELA.

Pencarian dijalankan dalam radius tiga kilometer dari lokasi kejadian, tetapi terpaksa ditangguhkan pada jam 6 petang akibat keadaan cuaca yang gelap. Operasi akan disambung semula esok dengan bantuan Pasukan Penyelam (PPDA) dari Zon Bomba Sibu dan Betong.

Siasatan awal mendapati bot tersebut turut membawa barangan keperluan harian untuk pekerja ladang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings