the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam lelaki ditahan bantu siasatan rusuhan di Melaka Raya

Polis menahan enam lelaki dan merampas pistol tiruan selepas rusuhan di Melaka Raya berpunca daripada provokasi dan salah faham.

MELAKA: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kejadian rusuhan di kawasan Melaka Raya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 4 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada provokasi dan salah faham melibatkan empat individu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kekecohan itu menarik perhatian orang awam di lokasi sehingga berlakunya rusuhan.

Polis turut merampas sepucuk pistol disyaki tiruan daripada seorang lelaki yang ditahan.

Christopher mengesahkan tiada bunyi letupan senjata sewaktu kejadian berlaku.

Beliau menyangkal dakwaan di media sosial kononnya berlaku tembakan serta penemuan dua kelongsong peluru di tempat kejadian.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian itu disebabkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan lagu sewaktu sedang berhibur,” katanya.

Polis telah merekodkan keterangan daripada 12 saksi untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 506 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Christopher menasihati orang awam supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings