the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gaji minimum dipertimbangkan secara menyeluruh – Rafizi

PUTRAJAYA: Cadangan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) agar kadar gaji minimum ditetapkan pada RM2,102 sebulan berbanding RM1,500 ketika ini akan dipertimbangkan oleh kerajaan secara menyeluruh.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata secara dasarnya jelas bahawa pendekatan kerajaan MADANI dalam menangani kos sara hidup ialah memberi tumpuan kepada pendapatan rakyat.

“…cuma kita melihat secara menyeluruh, kita tahu dari segi kerangka ada gaji minimum, ini untuk sekumpulan pekerja. Kita juga akan memulakan projek rintis gaji progresif, gaji untuk kakitangan awam telah pun diumumkan oleh kerajaan.

“Berbanding dengan semua pentadbiran sebelum ini, pandangan saya dari segi tumpuan kepada gaji, pentadbiran sekarang adalah yang paling fokus kepada soal gaji.

“Tetapi ini perlu disusun dengan melibatkan semua pemegang taruh termasuk dari segi pekerja, majikan, kemampuan kerajaan dan kemampuan ekonomi untuk menyerap sebarang keputusan dengan berkaitan gaji,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran rancangan realiti television INNOVATHON musim kedua, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.

Katanya proses itu berterusan dan Kementerian Sumber Manusia akan membawa untuk pertimbangan kerajaan mengikut proses dalam akta apabila tiba masanya.

Pada 8 Mei lepas, laporan ‘The Living on the Edge Key Findings’, UNICEF mendedahkan penetapan kadar gaji pada RM2,102 mengambil kira faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan garis kemiskinan dan produktiviti.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings