the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan sistem autogate pelawat asing punca kesesakan di pintu masuk negara

PUTRAJAYA: Masalah gangguan sistem pagar automatik (autogate) untuk pelawat asing di pintu masuk utama negara sejak semalam berpunca daripada isu integrasi data yang melambatkan proses semakan dalam sistem MyIMMS.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan sistem autogate untuk pelawat asing tidak berfungsi buat sementara waktu. Keadaan ini menyebabkan kesesakan dan barisan panjang di beberapa lokasi strategik termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2, serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor.

“AKPS ingin menegaskan sistem pagar automatik bagi pemegang pasport Malaysia tidak terjejas dan masih berfungsi seperti biasa,“ menurut kenyataan rasmi.

Langkah segera telah diambil bersama Jabatan Imigresen Malaysia untuk mengenal pasti punca sebenar gangguan dan mencari penyelesaian secepat mungkin. Semua kaunter manual telah dibuka sepenuhnya dengan tambahan anggota untuk mengawal aliran pelawat dan mengurangkan kesesakan.

“Kami sedang berusaha memulihkan sistem dan memastikan pergerakan di semua pintu masuk negara kembali lancar,“ tambah AKPS. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings