the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi Afghanistan: Angka kematian meningkat 120 orang, 1,000 cedera

HERAT: Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh manakala kira-kira 1,000 lagi cedera apabila gempa bumi menggegarkan Herat, Afghanistan dan wilayah barat lain, Xinhua memetik seorang pegawai tempatan dari Herat memberitahu wartawan.

Kira-kira 1,000 orang yang cedera telah dibawa ke hospital di ibu negeri wilayah bandar Herat, kata pegawai itu, sambil menambah 12 kampung di daerah Zindajan dan Ghorian di Herat musnah akibat gempa bumi, kata pengarah wilayah Herat untuk Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Alam negara, Mawlawi Musa Ashari.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, dua gempa bumi dengan magnitud 6.2 menggegarkan Afghanistan pada Sabtu.

Terdahulu, satu kenyataan dari Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Alam negara itu mengatakan 15 orang maut dan 40 cedera, tetapi penduduk tempatan percaya jumlah mangsa terbunuh mungkin lebih tinggi.

Kenyataan itu menambah bahawa angka kematian mungkin meningkat kerana tiada laporan diterima dari wilayah Badghis dan Farah.

Gempa bumi itu berlaku sekitar 11.10 waktu tempatan (0640 GMT), memaksa penduduk keluar dari rumah mereka, kata penduduk tempatan.

Banyak rumah telah rosak atau musnah sepenuhnya akibat gempa tersebut, menurut kenyataan itu.

Pasukan penyelamat telah dihantar ke kawasan yang terjejas, dan pegawai berkaitan telah diarahkan untuk menyelaraskan usaha dengan agensi bantuan untuk membekalkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas. -Bernama-Xinhua

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings