the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi Segamat: JAINJ arah masjid, surau laksana solat hajat dan doa selamat

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengeluarkan arahan kepada 1,038 masjid dan surau Jumaat di negeri itu supaya melaksanakan solat hajat serta doa selamat berikutan gempa bumi lemah terbaharu di Segamat awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata ia akan dilaksanakan selepas solat Jumaat hari ini bagi memohon perlindungan dan keselamatan rakyat di daerah berkenaan dan seluruh Johor amnya.

“Semoga Allah memperkenankan doa kita semua, amin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dalam kenyataan berkata tiada kerosakan harta benda, kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini susulan gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter di Segamat pada 4.24 pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah berkata orang awam diminta melaporkan sebarang insiden kecemasan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya bertenang serta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.

“Perkembangan terkini boleh didapati menerusi sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) atau agensi kerajaan lain,” katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa keselamatan dan agensi berkaitan sedang menjalankan pemantauan lanjut bagi memastikan keadaan di Segamat terutama orang awam berada dalam keadaan selamat.

Gempa bumi yang berpusat di koordinat 2.7° Utara dan 102.9° Timur, kira-kira 22 kilometer (km) timur laut dari Segamat, dengan kedalaman 10 km awal pagi tadi merupakan gegaran keempat direkodkan di daerah itu dalam minggu ini.

MetMalaysia memaklumkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor.

Sebelum ini, Segamat merekodkan tiga kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27 dan 28 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1 – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings