the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

GISBH: MCMC pantau media sosial, turunkan kandungan jika ada arahan polis – Fahmi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menurunkan sebarang kandungan berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk lagu yang tular jika mendapat arahan untuk berbuat demikian daripada pihak polis.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau juga telah meminta MCMC meneliti dan memantau kandungan di media sosial yang berkaitan dengan GISBH.

“Terdapat klip video lagu daripada pelbagai kumpulan sampai jadi ‘earworms’, ada versi rock, ada versi macam-macam,“ katanya pada sidang media mingguan pascamesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut dimaklumkan GISBH telah beberapa kali berubah entiti dipercayai bagi menyamarkan aktiviti mereka.

“Jadi tidak boleh dinafikan media sosial memainkan peranan dalam usaha membanteras kegiatan seperti (yang dijalankan) GISBH,“ katanya.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis baru-baru ini memutuskan bahawa fahaman yang didukung oleh GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya dari segi batiniah dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia juga adalah kesinambungan Al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

Polis yang melaksanakan Op Global sejak 11 Sept menyelamatkan 572 kanak-kanak dan remaja yang disyaki mangsa eksploitasi syarikat itu manakala Op Global Fasa Empat pada Sabtu lepas, menyaksikan pelbagai jenis buku, dokumen dan gambar berkaitan ajaran Al-Arqam serta GISBH dirampas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings