the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hamas sambut baik cadangan pelan gencatan senjata baharu dengan Israel

MOSCOW: Pergerakan Hamas menyambut baik cadangan pelan perjanjian gencatan senjata baharu dengan Israel yang turut merangkumi perjanjian pembebasan tawanan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik portal Ynet dan sumber yang mengetahui perkara itu.

Pada Rabu, Hamas memaklumkan sedang mengadakan rundingan bagi membincangkan cadangan daripada pihak perantara yang bertujuan mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza. Pergerakan itu menyatakan pihak perantara sedang berusaha untuk mencapai “perjanjian kerangka dan memulakan rundingan serius.”

Menurut laporan Ynet pada Khamis malam, Hamas memberikan maklum balas positif kepada Qatar mengenai pelan baharu itu yang pada peringkat awal merangkumi gencatan senjata selama 60 hari dengan pembebasan 10 tawanan hidup dan 18 tawanan yang telah meninggal dunia. Bagaimanapun, kenyataan rasmi belum dikeluarkan.

Pada 18 Mac, Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza dengan alasan Hamas menolak rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan gencatan senjata yang tamat pada 1 Mac.

Pada 30 Jun, Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty berkata bahawa Kaherah bersama pihak perantara lain sedang berusaha untuk memeterai gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza dan pembebasan beberapa tebusan Israel. Presiden AS Donald Trump pada Selasa memaklumkan bahawa Israel telah bersetuju dengan syarat gencatan senjata itu. – Bernama, Sputnik/RIA NOVOSTI

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings