the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Harimau Malaya di landasan terbaik hadapi cabaran Piala Asia: Khalid Jamlus

SHAH ALAM: Bekas pemain bola sepak negara Khalid Jamlus berkata Harimau Malaya berada di landasan terbaik bagi menghadapi cabaran saingan kumpulan E Piala Asia 2023 yang akan membuka tirai pada Januari depan.

Berdasarkan pengalaman beliau, pemenang Kasut Emas itu berharap pasukan bimbingan Kim Pan Gon mampu mengekalkan prestasi cemerlang menjelang dua aksi pertama kumpulan iaitu menentang Jordan pada 15 Jan dan Bahrain pada 20 Jan.

Beliau berkata tumpuan diberikan kepada kedua-dua negara kerana faktor fizikal pemain selain kelebihan yang dimiliki mereka.

Pertemuan terakhir Malaysia dengan Jordan adalah pada aksi persahabatan antarabangsa 2021 yang menyaksikan pasukan negara tewas 0-4 manakala perlawanan dengan Bahrain ialah pada kelayakan Piala Asia 2023 di mana Harimau Malaya tewas 1-2.

“Tapi dengan pasukan (Harimau Malaya) yang ada ini, saya rasa bukan satu masalah dan saya yakin mereka dapat menewaskan pasukan Jordan untuk mencuri mata pertama,” katanya kepada pemberita pada Kejohanan Bola Sepak KTM KOMUTER 2023 di sini hari ini.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan juara dua kali Korea Selatan.

Khalid turut memuji prestasi membanggakan yang ditampilkan oleh dua pemain negara iaitu pemain sayap Selangor Mohamad Faisal Abdul Halim, atau lebih dikenali sebagai Mickey, dan penyerang Kuala Lumpur City (KL City) FC Haqimi Azim Rosli.

Bekas bintang pasukan Perak itu berkata kedua-duanya merupakan pemain terbaik yang boleh diletakkan sebagai harapan bagi skuad negara selain berharap lebih ramai penyerang berbisa dapat dilahirkan untuk memastikan Harimau Malaya tidak ketandusan pemain.

Beliau juga berpendapat pemain tempatan perlu diberi keutamaan berbanding pemain naturalisasi walaupun kehadiran mereka banyak membantu memperbaiki ranking dunia Harimau Malaya.

Bagaimanapun, Khalid mengingatkan pemain tempatan agar menampilkan aksi terbaik bagi merebut kesebelasan utama pasukan.

“Pemain tempatan kita kini lebih baik berbanding dahulu, jadi harap mereka diberi peluang lebih untuk bermain dan menonjol, sekarang naturalisasi dah memenuhi bola sepak negara, (kesan) jangka panjang nanti pemain tempatan tiada apa,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings