the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Insiden buli: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar

MELAKA: Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) daripada berulang, pada masa hadapan.

Timbalannya Adly Zahari berkata antara penambahbaikan yang dilakukan ialah kawalan keselamatan dengan meningkatkan jumlah warden yang menjaga pelajar, agar lebih banyak tumpuan dapat diberikan kepada mereka.

“Kita tidak menerima kes buli yang berlaku dalam institusi pengajian tinggi dan kita tahu bahawa ia (buli) boleh berlaku antara pelajar dengan pelajar atau antara pelajar dengan pihak lain, tetapi kalau kita lihat dalam kes-kes sebelum ini, ia berlaku antara pelajar dengan pelajar.

“Jadi, di peringkat Kementerian Pertahanan, kita telah bincangkan dari awal lagi dalam kes sebelumnya bahawa, kita perlu tingkatkan hubungan antara warden dan pelajar dengan menambah bilangan warden,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Pertandingan e-Sukan Sekolah Dalam Kem (SDK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Sekolah Menengah Kem Terendak di sini hari ini.

Adly berkata pihak kementerian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang insiden buli yang berlaku di UPNM dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan yang ditetapkan.

Beliau berkata bagaimanapun sekiranya terdapat laporan polis dibuat, ruang kerjasama akan diberikan sepenuhnya bagi membantu siasatan berdasarkan undang-undang.

ATM dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet ALK-UPNM yang dibuli senior menggunakan seterika yang ditekap pada bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular dalam media sosial.

Difahamkan, perbuatan itu terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih bertugas ketika itu, selepas menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Terdahulu, Pertandingan e-Sukan SDK ATM bertujuan memperkasakan pendidikan sukan elektronik bagi anak-anak warga kerja pertahanan, serta memupuk bakat dan minat dalam bidang berkenaan yang semakin berkembang pesat.

Program itu juga bertujuan memberikan pendedahan kepada ekosistem baharu melalui pameran industri dengan bantuan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Esports Integrated (ESI) dan Games Bond International Sdn Bhd, serta berkeupayaan menampilkan atlet e-Sukan di peringkat kebangsaan.

Pertandingan berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, melibatkan 32 kumpulan dengan jumlah penyertaan sebanyak 128 pelajar tingkatan satu hingga empat dan jenis e-Sukan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings