the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu GISBH: Jawatankusa fatwa MKI hanya akan keluarkan pandangan hukum – Mohd Na’im

KOTA BHARU: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) hanya akan mengeluarkan pandangan hukum mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan bukan fatwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau menjelaskan bahawa fatwa berkaitan GISBH akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.

Katanya, Jawatankuasa Fatwa MKI telah selesai membincangkan isu GISBH, dan hasil perbincangan itu akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja.

“Perkara itu akan dibawa ke Majlis Raja-Raja pada 23 dan 24 Okt depan untuk mendapat perkenan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-41 Musim Haji 1446H di sini malam ini.

Pada 11 Sept lepas, menerusi Op Global, polis mengadakan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan, yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings