the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu sijil halal: Kertas siasatan Teresa Kok dijangka dirujuk ke Pejabat Peguam Negara esok

KUANTAN: Kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal dijangka dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah memanggil saksi-saksi termasuk Teresa bagi merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan.

“Dalam masa dua hari mungkin esok kita akan hantar ke AGC (Pejabat Peguam Negara),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata polis telah menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa setakat 12 tengah hari semalam.

Sementara itu, berhubung dakwaan kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang Kuda di Kuantan di sini, dalam kejadian pada Jun lalu, beliau berkata pihaknya masih melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara.

“Kertas siasatan itu telah dipulangkan untuk siasatan lanjut, kita juga telah mengambil tindakan dan mungkin dalam tempoh tiga hingga empat hari siasatan selesai dan kita akan serahkan semula untuk tindakan selanjutnya, “ katanya.

Media baru-baru ini melaporkan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan, mendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja dan beberapa individu menggunakan senjata.

Akibat serangan itu, lelaki itu dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings