the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, November 28, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor tingkat kesiapsiagaan tertinggi hadapi risiko banjir

Kerajaan Johor aktifkan mod kesiapsiagaan tertinggi susulan amaran banjir di Segamat, Tangkak dan Muar, dengan pemantauan 24 jam dijalankan.

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor kini berada dalam mod kesiapsiagaan tertinggi susulan amaran risiko banjir di Segamat, Tangkak dan Muar.

Amaran tersebut dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara dan Jabatan Meteorologi sejak semalam.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kawasan berhampiran lembangan sungai dan lokasi rendah dikenal pasti berisiko tinggi.

Risiko ini wujud sekiranya hujan berintensiti tinggi berterusan hingga Sabtu ini.

Beliau berkata kerajaan negeri meningkatkan kesiapsiagaan melalui pemantauan 24 jam di semua lokasi panas.

Mobilisasi aset keselamatan dan penyediaan logistik kritikal juga dilaksanakan.

Langkah ini bagi memastikan tindakan kecemasan dapat dilaksanakan dengan segera demi keselamatan penduduk.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar cuaca kembali stabil dan Johor dijauhkan daripada sebarang bencana,” katanya melalui hantaran Facebook.

Onn Hafiz menyeru seluruh Bangsa Johor untuk terus peka dengan perkembangan cuaca.

Beliau meminta orang ramai mengikuti makluman rasmi PRABN, Jabatan Pengairan dan Saliran dan MetMalaysia.

Kerjasama penuh kepada agensi keselamatan juga diperlukan sekiranya diminta berpindah demi keselamatan bersama. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Reconnecting Bornean youth with nature

Sarawak Eco Warriors’ Mark Liao helps young Malaysians reconnect with local nature through field trips, youth-led projects and hands-on conservation experiences across Borneo.
spot_img

Popular Categories