the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Karkas anak gajah telah ditanam, video tular ibu gajah kembali bukan haiwan yang sama

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan terus memantau ibu gajah yang anaknya mati dilanggar lori ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli awal pagi semalam, dan video tular yang mengatakan ia kembali ke lokasi anaknya dilanggar bukan video gajah yang sama.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata setakat ini, ibu gajah tersebut telah kembali ke hutan dan dipercayai telah memasuki kumpulannya.

“Tentang video tular yang dikongsi, kami percaya ia bukan video memaparkan gajah yang sama, kerana gajah betina jarang keluar secara solo, ia akan keluar berkumpulan, apapun kita terus pantau ibu gajah itu,” katanya ketika dihubungi.

Yusoff berkata karkas anak gajah jantan terbabit juga telah ditanam di lokasi yang tidak didedahkan.

Terdahulu seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun, mati dilanggar kenderaan dalam kejadian di Kilometer 80 JRTB Gerik-Jeli di sini, awal pagi semalam.

Insiden itu tular selepas video yang dimuat naik ke media sosial oleh saksi kejadian menunjukkan ibu gajah setia menanti, dengan meletakkan kepala di lori berkenaan seakan tidak dapat menerima kenyataan pahit akan kehilangan anaknya.

Ibu gajah itu kemudian terpaksa ditembak dengan ubat pelali dan dibawa untuk dipindahkan ke dalam hutan semula.

Sementara itu Yusoff berkata pihaknya telah membina jejambat untuk lintasan hidupan liar khususnya gajah, termasuk memasang 17 papan tanda amaran kehadiran gajah di sepanjang lokasi dikenal pasti.

“Selain itu, kita juga telah pasang lampu dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), untuk membolehkan pengguna jalan raya nampak lebih jelas kawasan sekeliling dan memandu secara berhati-hati sekiranya terdapat haiwan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings