the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran memusnahkan 16,000 hektar kawasan perlindungan terbesar di Portugal

LISBON: Lebih 16,000 hektar tanah di kawasan perlindungan terbesar di Portugal, Taman Serra da Estrela, musnah dalam kejadian kebakaran yang bermula Sabtu lalu, lapor Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah pada Jumaat.

Kebakaran terus merebak di bahagian tengah negara ini iaitu wilayah terbesar dan kira-kira 1,600 anggota bomba, 470 trak, dan 18 pesawat telah dikerah untuk memadamkan kebakaran, menurut Pihak Berkuasa Kecemasan dan Perlindungan Awam Kebangsaan, lapor Xinhua.

Perdana Menteri Portugal Antonio Costa berkata punca kejadian itu akan disiasat dengan terperinci untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Lebih 2,700 anggota bomba masih bertungkus lumus memadam 250 lagi kebakaran di seluruh negara dengan dibantu 853 kenderaan darat dan udara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings