the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keluarga penghuni penjara dibenar melawat sempena Deepavali pada 2 dan 3 nov

KUALA LUMPUR: Keluarga kepada penghuni penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dibenar untuk membuat lawatan sempena sambutan Deepavali pada 2 dan 3 Nov ini.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan perjumpaan secara bersemuka itu dibenarkan bermula pada 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan pelawat diminta membawa kad lawatan bersama dengan kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

Pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan serta minuman untuk diberikan kepada penghuni, sebaliknya ia boleh dibeli dari kantin penjara dan keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni yang beragama Hindu.

“Pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni, memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan lain-lain, resit rasmi PPT. 28 sebagai akuan penerimaan perlu diperolehi.

“Pelawat juga tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal untuk masuk dan keluar dari penjara,” menurut kenyataan itu.

Bagi keluarga yang tidak dapat hadir ke penjara untuk perjumpaan bersemuka, perjumpaan secara dalam talian boleh dilakukan bermula pada 4 hingga 6 Nov.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings