the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemalangan bas di Ayer Hitam libatkan 45 pekerja Indonesia dari Lombok

BATU PAHAT: Sebuah bas persiaran terlibat dalam kemalangan di Kilometer 80.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Ayer Hitam, membawa 45 pekerja ladang warga Indonesia yang baru tiba dari Lombok.

Kejadian berlaku tengah malam tadi dan turut melibatkan dua lori lain.

Menurut Konsul Pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru, Jati Heri Winarto, pekerja tersebut adalah sebahagian daripada 55 orang yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar pukul 9 malam sebelum meneruskan perjalanan ke Johor Bahru.

“45 pekerja menaiki bas tersebut, manakala 10 lagi menaiki van sebelum kemalangan berlaku. Dua mangsa, Hidirman (43) dan Zulhadi (44), disahkan maut di tempat kejadian.

Seorang lagi, Nusiah, mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI),“ jelas Jati Heri.

Beliau menambah, 14 pekerja lain yang mengalami kecederaan ringan telah dibenarkan keluar hospital dan meneruskan perjalanan ke Johor Bahru.

Sementara itu, jenazah kedua-dua mangsa masih menjalani proses bedah siasat sehingga pukul 2.30 petang.

Konsulat Indonesia kini berusaha menguruskan penghantaran jenazah ke Lombok serta mendapatkan pampasan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kemalangan berlaku apabila bas merempuh belakang lori tangki yang rosak dan sedang ditunda oleh sebuah lori lain.

“Pemandu bas mengalami kecederaan pada bahu, tulang rusuk, dan tangan. Lima penumpang lain mengadu sakit kepala.

Pemandu lori tangki, lori penunda, dan penumpang selebihnya tidak cedera,“ jelasnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings