the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kenyataan Ambiga hiperbola, tidak berpijak di bumi nyata – Fahmi

PUTRAJAYA: Kenyataan bekas pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan yang mendakwa Kerajaan Perpaduan adalah ‘kerajaan diktator’ disifatkan sebagai kenyataan hiperbola dan tidak berpijak di bumi nyata, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata biarpun Ambiga mempunyai hak untuk menyatakan pandangan berhubung isu itu, tegurannya tersasar dan tidak dilihat dalam konteks sedia ada.

“Itu kenyataan hiperbola, beliau tidak berpijak di bumi yang nyata, bukan kerajaan ini yang lakukan Ops Lalang, bukan kerajaan ini yang melakukan tindakan memukul peserta demonstrasi.

“Malah baru-baru ini sekumpulan peserta melakukan protes di hadapan pusat khidmat Perdana Menteri di Tambun, Perak, mereka tidak ‘disambut’ dengan cota dan gas pemedih mata, sebaliknya mereka diberikan air dan roti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ambiga yang mengatakan bahawa Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan paling diktator dalam sejarah pemerintahan negara kerana tidak memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984, sebaliknya memperkenalkan pelesenan baharu.

Beliau menjelaskan sejak Februari lepas, beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan diadakan termasuk bersama Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Artikel 19 (pertubuhan kebebasan bersuara), sebelum kerajaan memperkenalkan kerangka kawal selia baharu itu.

“Ini membuktikan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan kerajaan sangat terbuka untuk menerima pandangan dan kritikan yang membangun, Bersih ada dijemput tetapi tak hadir,” katanya.

Sabtu lepas MCMC memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta 588.

Langkah itu akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2025 susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet diperkenal bermula 1 Ogos.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings