the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan giat laksana pelbagai strategi tangani kebergantungan import makanan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) giat melaksanakan pelbagai strategi dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import bekalan makanan, termasuk menerusi usaha industri tanaman jagung bijian.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata berikutan itu, kerjasama semua pihak terbabit bagi mendapatkan sumber tanah untuk meningkatkan pengeluaran bijirin negara adalah perlu bagi menjayakan usaha tersebut.

“Langkah untuk mewujudkan industri tanaman jagung bijian ini telah dimulakan sejak tujuh tahun lepas. Sekarang kita di pertengahan jalan dalam menstabilkan industri dan turut dijadikan sebagai makanan ternakan iaitu sebagai alternatif dedak.

“Tempoh yang diperlukan untuk industri ini berkembang adalah 15 tahun. Apabila lengkap sekitar 2032 atau 2033, kita akan bersedia untuk memulakan tanaman jagung bijian secara besar-besaran di negara ini,” katanya pada program Ruang Bicara bertajuk “Malaysia MADANI: Cukup dan Terjamin”, terbitan Bernama TV pada Khamis.

Keperluan bijirin dalam sektor ternakan negara adalah penting bagi mengawal kenaikan harga ayam dan telur ayam berikutan kebergantungan ternakan ayam sebanyak 65-70 peratus terhadap makanan itu.

Badrul Hisham mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat semalam, mengenai usaha kerajaan untuk menumpukan usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan, termasuk menambah keluasan tanaman dan mengoptimumkan penggunaan tanah perladangan yang sedia ada.

Sebagai sokongan kepada industri makanan tempatan untuk meningkatkan pengeluaran, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sejumlah RM200 juta disediakan di bawah Agrobank untuk membantu menyediakan kemudahan pembiayaan, khususnya bagi aplikasi teknologi moden pertanian.

Kerajaan turut mengumumkan komitmen menambah baik infrastruktur pengairan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dan Perlis bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi kepada lima musim dalam tempoh dua tahun melibatkan prasarana bernilai RM3 bilion.

Pengumuman lain termasuk peruntukan sebanyak RM42 juta bagi Program Bina Kerjaya untuk pekerja tidak formal termasuk pekerja gig.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Kumpulan MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang menjadi tetamu pada program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV, menyifatkan rangka Ekonomi MADANI sebagai selari dengan peranan industri kreatif terutama meningkatkan kualiti dan kesan positif hidup kepada rakyat, menyediakan peluang pekerjaan, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta peningkatan pembangunan sosial dan budaya.

Menurutnya, MyCreative misalnya telah menyalurkan bantuan kewangan dalambentuk pinjaman serta geran berjumlah RM447 juta yang memberi manfaat kepada lebih 1,000 penggiat dan usahawan industri kreatif sejak penubuhannya pada 2016.

MyCreative turut memperuntukkan RM10.9 juta bagi pembangunan industri kreatif yang telah membantu lebih daripada 1,000 penggiat dan usahawan, katanya.

“Bagi tahun ini, MyCreative komited untuk meneruskan peranan serta perjuangan meningkatkan usaha memartabatkan budaya dan warisan tempatan ke persada antarabangsa,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings