the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes rogol babitkan remaja meningkat – Polis

KUALA LUMPUR: Jumlah kes rogol dalam kalangan remaja bawah umur 16 tahun yang meningkat sejak kebelakangan semakin membimbangkan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Bin Mohd Zain.

Beliau berkata walaupun atas dasar persetujuan bersama, namun perbuatan yang dalam istilah undang-undang dirujuk sebagai ‘statutory rape’ itu, tetap diklasifikasikan sebagai kes rogol kerana melibatkan pelaku bawah umur.

“Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat peningkatan 202 kes iaitu 11.8 peratus tahun lepas berbanding pada tahun 2022,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata paling menggusarkan ialah kebanyakan kes melibatkan golongan B40, dan menurutnya antara faktor jenayah ini berlaku adalah kurang penyeliaan ibu bapa, selain akses mudah kepada bahan lucah di internet.

Katanya dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawasi anak-anak serta perlu celik teknologi maklumat bagi mengawal penggunaan internet untuk mengelak daripada anak-anak mereka melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya.

Perubahan landskap komunikasi tanpa sempadan dan akses yang mudah memberi kesan ketara kepada golongan kanak-kanak sehinggakan boleh mengakses bahan-bahan terlarang tanpa kawalan dan akhirnya terjerumus dalam aktiviti yang tidak bermoral.

“Jika dahulu bahan lucah sukar didapati, namun kini semuanya di hujung jari sahaja, semua bahan ini mudah untuk akses di telefon pintar tanpa mengira usia,“ katanya.

Shuhaily berkata kecetekan ilmu dan kawalan ibu bapa dalam memahami kod kandungan laman sesawang yang dilayari oleh anak-anak memberi kesan yang negatif terutamanya apabila mereka membenarkan anak-anak pada usia seawal lima tahun untuk mengakses internet atas alasan untuk dijadikan bahan dalam pendidikan anak-anak.

Untuk mencegah masalah ini daripada menjadi barah dalam masyarakat, beliau berkata pihak polis tidak boleh bersendirian, sebaliknya ia memerlukan gandingan kerjasama semua pihak termasuk institusi keluarga, institusi pendidikan mahupun pembuat dasar untuk sama-sama menanganinya masalah ini.

“Dasar yang baik akan menzahirkan kelompok masyarakat yang baik,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings