the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keunikan Malaysia yang membentuk diri saya menjadi sepertimana hari ini: Michelle Yeoh

KUALA LUMPUR: Walaupun tidak menetap di Malaysia, pelakon antarabangsa Tan Sri Michelle Yeoh (gambar), 61, melahirkan rasa bangga dengan negara kelahirannya, yang menurutnya memainkan peranan penting dalam membentuk dirinya sepertimana hari ini.

Bintang kelahiran Ipoh itu berkata Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki pelbagai kaum serta budaya, dan itu menjadikannya amat unik.

“Kita telah belajar untuk hidup dan menghayati budaya masing-masing. Itu menjadikan saya sebagai seseorang yang global antarabangsa.. jadi walau ke mana saya pergi, saya tidak nampak sebarang perbezaan dalam diri seseorang.

“Sebaliknya saya melihat bagaimana saya boleh belajar daripada orang lain kerana apabila kita berada di sini, kita belajar bagaimana untuk belajar daripada rakan Melayu, India dan Cina,“ katanya pada sidang media pertamanya di Malaysia di sini hari ini, sejak kemenangan penuh bersejarah yang diraihnya apabila memenangi anugerah Oscar bulan lepas.

Pelakon yang menenangi Anugerah Akademi itu benar-benar gembira dapat kembali ke tanah air dan pada masa yang sama, menurutnya kepulangan itu membolehkan beliau merasai makanan kegemaran Malaysia yang memang amat dirindunya.

“Seronok dapat kembali ke Malaysia. Saya sudah menjamah nasi lemak, mee kari, nga choy kai dan (char) hor fun sejak pulang ke rumah. Sebab itu saya nampak sangat gemuk (berat badan bertambah),“ katanya secara berseloroh.

Yeoh yang memulakan kerjayanya di Hong Kong sebelum bergelar bintang Hollywood berkata beliau sedang meninjau cabaran baharu dalam kerjayanya termasuk sebagai penerbit, namun menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk menjadi pengarah.

“Pengarah tidak mempunyai kehidupan. Saya terlalu sayangkan hidup saya, saya suka jadi penerbit, pernah menjadi penerbit sebelum ini, dan sekarang saya boleh mula kembali melakukannya… kini saya boleh mempelbagaikan lagi penerbitan, kerana orang ramai sudah mula mendengar, dan menghargai apa yang anda boleh tampilkan.

“Sebagai seorang pelakon, saya suka dengan apa yang boleh saya lakukan. Saya sangat bertuah kerana dapat mengatakan bahawa lakonan bukan pekerjaan semata-mata, ia adalah suatu cetusan rasa minat yang mendalam. Saya juga sentiasa sukakan cabaran,“ katanya.

Yeoh mencipta sejarah tersendiri bulan lepas apabila menjadi rakyat Malaysia dan warga Asia pertama memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95.

Beliau disanjung dengan anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam melakonkan peranan utama, bagi filem ‘Everything Everywhere All at Once’ pada majlis anugerah paling berprestij Hollywood itu di Teater Dolby di Los Angeles.

Selain anugerah Oscar, Yeoh turut memenangi anugerah kategori yang sama di beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe ke-80 dan Anugerah Screen Actors Guild (SAG). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings