the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKM arah penjualan produk rempah mengandungi etilena oksida dihentikan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengarahkan penjualan dua produk rempah dari India iaitu Everest Fish Curry Masala dan MDH Curry Powder yang dipercayai mengandungi etilena oksida dihentikan.

KKM menerusi kenyataan memaklumkan peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk berkenaan diarahkan untuk menghentikan penjualan produk dan semua platform e-dagang serta media sosial diminta untuk menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut serta-merta.

“Etilena Oksida sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah untuk mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca daripada bakteria, virus dan kulat. Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci.

“Penggunaannya dalam makanan dan juga bahan bersentuhan makanan adalah tidak dibenarkan disebabkan bersifat karsinogenik,” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan semakan data melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) setakat April lepas mendapati hanya terdapat satu pengimportan masuk produk rempah berjenama Everest Fish Curry Masala.

Namun begitu, KKM memaklumkan tiada pengimportan masuk produk rempah berjenama MDH Curry Powder ke Malaysia.

“KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Pada masa ini, KKM melaksanakan pemantauan kandungan aflatoksin, logam berat dan residu racun perosak di dalam produk rempah di semua pintu masuk negara.

Hasil pemantauan dari 2019 hingga April lepas mendapati 43 sampel yang diambil mematuhi keperluan perundangan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings