the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kontraktor wanita rugi RM1.4 juta diperdaya ‘phone scam’

KANGAR: Seorang kontraktor wanita mengalami kerugian RM1,448,000 selepas terperdaya dengan penipuan melalui panggilan telefon (phone scam) melibatkan individu yang menyamar sebagai wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pegawai polis pada Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata wanita berusia 68 tahun itu menerima panggilan telefon pada 8.16 pagi, 12 Mac daripada seorang wanita menyamar wakil MCMC Cyberjaya yang memaklumkan nombor telefon mangsa terlibat dalam penipuan bernilai RM200,000 dan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk membuat laporan polis.

“Mangsa berhubung dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis yang memaklumkan bahawa nombor telefon mangsa terlibat dengan kes pengedaran dadah dan menjumpai kad ATM milik mangsa. Seterusnya mangsa diarahkan membeli kad sim dan membuka dua akaun bank untuk tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Shokri berkata pada 13 Mac, mangsa diminta meninggalkan kad sim, kad ATM dan nombor pin di lokasi tertentu di Tasik Melati, Beseri dekat Padang Besar sebelum diarahkan untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang telah dibuka dengan melakukan 10 transaksi pada 17 Mac.

“Pada 14 April, mangsa menyedari transaksi meragukan dan membuat laporan polis. Polis Daerah Padang Besar menasihati orang ramai agar berwaspada apabila menerima panggilan yang memaklumkan maklumat peribadi atau akaun bank terlibat dalam kes jenayah,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings