the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPT akan perhalusi cadangan kertas putih berkaitan ekonomi manusiawi jawatankuasa ICIEF

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperhalusi cadangan kertas putih berkaitan ekonomi manusiawi mampan yang bakal dikemukakan oleh jawatankuasa Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF).

Menterinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata kementerian itu akan menyemak terlebih dahulu bagi memastikan struktur yang akan dikemukakan khususnya dalam membentuk modal ekonomi baru.

“Saya telah mendengar beberapa cadangan yang telah dikemukakan oleh panitia persidangan dan kementerian akan memperhalusi cadangan yang akan dikemukakan khususnya dalam menyediakan satu model ekonomi yang menyentuh ekonomi manusiawi mampan,” katanya kepada media selepas majlis penutup persidangan itu, di sini, hari ini.

Zambry berkata pada dasarnya cadangan tersebut bukanlah merupakan satu perkara baharu tetapi kementerian perlu memperkemas atau membentuknya secara berstruktur dengan lebih baik lagi.

Sementara itu, pengerusi bersama jawatankuasa penganjur Profesor Dr Mohamed Aslam Bin Mohamed Haneef berkata kerangka ekonomi Islam itu akan dibentangkan pada persidangan Mei ini sebelum diserahkan kepada kementerian.

“Beberapa resolusi daripada persidangan kali ini akan dibawa ke konvensyen pada Mei ini. Kita akan mendapatkan maklum balas daripada peserta konvensyen dan mengusahakan kerangka ekonomi Islam untuk diserahkan kepada kementerian,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Zambry berkata perbincangan, pembentangan dan resolusi persidangan itu perlu menyediakan input yang menyelaraskan ekosistem pendidikan negara dengan matlamat kelestarian dan kesejahteraan insan.

“Kementerian akan terus menyokong penyelidikan kolaboratif, termasuk dalam bidang khusus ekonomi Islam dan ekonomi sosial yang mungkin tidak mendapat perhatian yang mencukupi daripada industri perbankan dan kewangan Islam,“ katanya.

ICIEF yang berlangsung selama tiga hari itu dianjurkan oleh Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan (KENMS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan usahasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Persatuan Antarabangsa Ekonomi Islam (IAIE).-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings