the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laluan Smart Lane di Lebuhraya KLK tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor – Nanta

KUALA LUMPUR: Pengaktifan laluan Smart Lane di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor antaranya perlu mengambil kira laluan yang berselekoh serta berbukit di sepanjang lebuh raya berkenaan.

Smart Lane merujuk kepada penggunaan bahu jalan raya atau lorong kecemasan secara terkawal untuk dijadikan sebagai lorong tambahan yang bertujuan menambah kapasiti lebuh raya bagi menyuraikan aliran trafik semasa berlaku kesesakan atau kemalangan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum Smart Lane itu dibenarkan untuk diaktifkan di mana-mana bahagian lebuh raya adalah kelebaran bahu jalan sedia ada dan faktor geometrik jajaran lebuh raya terlibat.

“Atas sebab itulah Smart Lane ini tidak dapat dilaksanakan di Lebuhraya KLK kerana kelebaran bahu jalan di lorong kecemasan tidak mencukupi untuk dilalui oleh kenderaan selain laluan yang berselekoh serta berbukit di sepanjang lebuh raya berkenaan,“ katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk melaksanakan Smart Lane di Lebuhraya KLK untuk mengurangkan kesesakan terutamanya pada hujung minggu.

Nanta berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi ANIH Berhad (ANIH) telah merancang beberapa tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk mengatasi isu kesesakan di KLK.

Beliau berkata tindakan itu antaranya melaksanakan penyaluran lorong di beberapa lokasi sepanjang lebuh raya itu antara Kilometer 64.3 berdekatan susur persimpangan Lingkaran Tengah Utama (LTU), di pusingan U di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong dan jalan susur ke Genting Highlands, bagi mengurangkan ‘konflik’ dan melancarkan pergerakan trafik.

Menjawab soalan asal Manolan yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang memperkenalkan had laju minimum untuk mengawal kesesakan di lebuh raya, Nanta berkata had laju kelajuan 110 kilometer per jam (km/j) di lebuh raya antara bandar (dan 80 hingga 90 km/j lebuh raya dalam bandar pada masa ini adalah memadai dan bersesuaian keadaan pemanduan di negara ini.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kualiti infrastruktur lebuh raya berada dalam keadaan terbaik demi manfaat semua,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings