the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lapan penjara lama, usang dalam perancangan diganti bangunan baharu

MELAKA: Lapan penjara di negara ini yang dikenal pasti berusia lebih 100 tahun dan mempunyai bangunan lama serta usang dalam perancangan untuk digantikan dengan bangunan baharu secara berperingkat.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Komisioner Penjara Ajidin Salleh berkata usaha itu merupakan satu keperluan bagi menggantikan ‘bucket system’ yang tidak relevan.

“Setakat ini, Penjara Pulau Pinang paling tua diikuti antaranya Taiping, Batu Gajah, Muar, Alor Setar dan Seremban dan kesemuanya masih menggunakan ‘bucket system’.

“Berdasarkan hala tuju kita, Jabatan Penjara ke arah menggantikan penjara usang ini kepada penjara baharu dan kita selalunya menerima rungutan khususnya daripada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam),“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pameran Memoir Tuan Husain Beladar di Muzium Penjara Malaysia di Banda Hilir yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad.

Bagaimanapun, Ajidin berkata usaha menaik taraf kesemua bangunan penjara berkenaan dijangka mengambil masa agak panjang kerana perlu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia akan datang.

Sementara itu, beliau berkata warga Melaka berpeluang masuk percuma ke Muzium Penjara Malaysia bermula 24 Ogos hingga 31 Dis depan sempena Tahun Melawat Melaka 2024, manakala pada 24 dan 25 Ogos turut dibuka secara percuma kepada semua pengunjung termasuk pelancong asing sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka.

“Dalam tempoh 1 Jan hingga 18 Ogos lepas, sebanyak 98,000 pengunjung direkodkan melawat ke muzium berkenaan dengan kutipan jualan tiket kira-kira RM220,000 dan hasil berkenaan akan diserahkan kepada kerajaan sebagai sumbangan daripada Jabatan Penjara.

“Jumlah pengunjung yang melawat ke muzium ini meningkat berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu kira-kira 45,000 orang, sekali gus membuktikan ia menjadi satu daripada destinasi pilihan pelancong khususnya yang ingin mengetahui secara dekat tentang institusi kepenjaraan Malaysia,“ katanya.

Selain itu, Ajidin berkata pelbagai program dan aktiviti akan dilaksanakan di muzium itu bagi meningkatkan ekonomi sekitar khususnya sektor pelancongan dan pendidikan agar dapat memberi kesedaran serta pendedahan kepada orang awam termasuk memupuk amalan murni dalam kalangan pengunjung.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings