the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki ditahan disyaki edar mercun tanpa permit

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki mengedar mercun tanpa permit dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Saujana Damansara, Selangor, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata dalam serbuan kira-kira 4.30 petang itu, polis turut merampas mercun jenis Happy Boom Red Cracker bernilai kira-kira RM13,000 yang diletakkan di dalam 22 kotak.

“Lelaki berusia 42 tahun itu mengaku mengedar mercun di kawasan sekitar dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki berkenaan direman hingga esok untuk siasatan kes mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings