Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lencongan berkala dilaksanakan sempena MotoGP dan Sidang Kemuncak ASEAN

The Sun Webdesk

SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan beberapa lencongan jalan secara berkala berikutan pertindihan acara perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix (MotoGP) Malaysia dengan Sidang Kemuncak ASEAN.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari’at berkata langkah itu akan dilaksanakan mengikut masa ketibaan ketua-ketua negara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke ibu negara bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

“PDRM khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan membuat lencongan bergantung kepada keperluan semasa pada masa tertentu sahaja bukan pada sepanjang masa,” katanya kepada pemberita selepas taklimat trafik dan keselamatan sempena perlumbaan MotoGP 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Beliau menasihatkan pengunjung MotoGP supaya mematuhi arahan anggota trafik yang ditempatkan di semua persimpangan dan laluan utama.

Azman turut menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti kereta api atau bas khas yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan.

Sebanyak 450 anggota polis akan ditugaskan sepanjang acara berlangsung bagi memastikan kelancaran trafik ketenteraman awam dan pencegahan jenayah.

Anggota polis juga akan membuat rondaan bersama pihak keselamatan SIC untuk membantu menjaga keselamatan ramai.

Mengenai laluan alternatif beliau berkata antara jalan yang boleh digunakan sekiranya berlaku penutupan sementara ialah Plaza Tol Bandar Serenia Plaza Tol Nilai dan Plaza Tol Bandar Ainsdale untuk ke SIC.

MotoGP 2025 dijadual berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober manakala Sidang Kemuncak ASEAN akan diadakan dari 26 hingga 28 Oktober. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Walk With Al-Sultan Abdullah honored Malaysia’s sports legends

Malaysia celebrated its sporting heritage and national unity through the “Walk With Al-Sultan Abdullah: The King of Sports” initiative held at Stadium Merdeka. The event was led by His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Organised by Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) with ShekhinahPR, the walk brought together over 150 guests, including Malaysia’s sporting legends and former national athletes.

Most Viewed

Cyberport Venture Capital Forum 2025 Grand Opening

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 6 November 2025 - The annual flagship event Cyberport Venture Capital Forum 2025 (CVCF) officially opened today at Hong Kong Cyberport.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img