the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Luka tikaman di dada punca kematian pelayan restoran

SHAH ALAM: Punca kematian pelayan restoran yang dibunuh kejam sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Isnin lepas adalah dari luka tikaman pada bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata punca itu dikenal pasti setelah selesai proses bedah siasat terhadap mangsa.

Jelasnya lagi, jenazah mangsa juga telah dituntut oleh keluarga dan dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Kampung Nelayan, Sungai Besar.

Dalam pada itu, Agus Salim berkata keperluan tambahan tempoh reman akan dilakukan pihak sekiranya memerlukan siasatan lanjutan berhubung kes tersebut.

Katanya, mahkamah sebelum ini meluluskan reman pertama selama enam hari bermula Rabu hingga 29 Mei depan.

Media sebelum ini melaporkan, perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan luar nikah dipercayai punca seorang wanita 21 tahun dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas.

Agus Salim berkata suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej itu telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam, 22 Mei lalu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings