the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah Persekutuan tetapkan 25 Okt untuk dengar rayuan Family Frontiers

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 25 Okt untuk mendengar rayuan Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor dan Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam ibu warganegara Malaysia terhadap keputusan menafikan kewarganegaraan automatik kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang bersuamikan warga asing.

Peguam Abraham Au yang mewakili Family Frontiers serta ibu-ibu berkenaan, dan peguam kanan persekutuan Liew Horng Bin yang mewakili kerajaan, mengesahkan perkara itu.

Liew memberitahu Bernama bahawa pendaftar Mahkamah Persekutuan memaklumkan tarikh perbicaraan itu melalui e-mel pada 15 Ogos lepas.

Mahkamah akan mendengar rayuan Family Frontier bersama dengan empat rayuan lain yang berkaitan dengan kes kewarganegaraan berasingan.

Pada September 2021 Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang berpihak kepada Family Frontiers dan enam ibu berkenaan anak-anak yang dilahirkan di luar negara berhak mendapat kerakyatan Malaysia, namun keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dengan keputusan majoriti 2-1 pada 5 Ogos 2022.

Pada 14 Dis 2022 Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Family Frontiers untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Family Frontiers bersama enam ibu warganegara Malaysia yang bersuamikan warga asing dan mempunyai anak yang dilahirkan di luar negara itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, menuntut hak anak mereka untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia.

Mereka memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sementara itu kes kerakyatan lain pula membabitkan empat individu iaitu Mahisha Sulaiha Abdul Majeed, Tan Soo Yin, Azimah Hamzah dan Mohanasengri.

Tan dilahirkan di Johor kepada ibu bapa kandung yang tidak dikenali dan Azimah dilahirkan di Pahang sebelum ibu bapanya yang merupakan pelarian Kemboja menjadi rakyat Malaysia.

Mahisha pula dilahirkan di India oleh ibu dan bapa dari Malaysia yang merupakan warga India, manakala Mohanasengri yang dilahirkan di Malaysia mempunyai bapa warga tempatan, dan ibu warga Singapura.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings