the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Majikan digesa tidak bergantung kepada pekerja asing dari negara sumber tradisi sahaja

KUALA LUMPUR: Majikan digesa mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari negara sumber yang telah diluluskan dan tidak bergantung kepada negara sumber tradisi semata-mata sebagai antara usaha menangani kekurangan tenaga kerja asing.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yang kekal komited mendepani isu dan cabaran pengambilan pekerja asing juga menggesa Kementerian Sumber Manusia (KSM) mempercepatkan pelaksanaan proses temu duga majikan dengan menambah bilangan penemu duga di Pusat Sehenti (OSC) mengikut zon dan negeri.

Selain itu, beliau berkata Majlis Tindakan Ekonomi yang bermesyuarat hari ini turut membuat ketetapan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama pihak industri, persatuan perniagaan dan pihak berkenaan mengadakan pertemuan secara bersemuka bagi menyelesaikan isu-isu pengambilan pekerja asing sehingga penghujung bulan Julai ini.

“Kerajaan mendengar keluhan dan pandangan dari pemain industri berkaitan pasaran buruh negara yang kini berdepan dengan kekurangan tenaga kerja asing yang kritikal.

Kerajaan akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan pihak swasta melalui sesi libat urus yang berterusan,“ katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga menggesa Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk menyelesaikan kes-kes kompleks dalam masa 60 hari berikutan kejayaan agensi itu menyelesaikan 30 peratus isu-isu yang diterima melalui MyMudah dalam masa kurang daripada dua bulan.

Beliau berkata mesyuarat bersetuju supaya MPC menyegerakan penubuhan Unit MyMudah di kementerian yang belum melaksanakannya selain memberi tumpuan kepada penubuhannya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan isu-isu birokrasi di peringkat berkenaan dapat ditambah baik.

“Mesyuarat mengambil maklum prestasi program MyMudah yang telah dilaksanakan di peringkat kementerian oleh MPC bagi mengurangkan kerenah birokrasi, namun masih banyak rungutan diterima daripada pihak industri.

Oleh itu, MPC diminta menyelesaikan isu-isu berkaitan kerenah birokrasi melalui pengukuhan program MyMudah,“ katanya.

Perdana Menteri juga berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diminta melaksanakan program-program berkaitan sekuriti makanan negara yang telah dipersetujui kerajaan dengan segera.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan permasalahan yang dihadapi pemain industri diselesaikan segera melalui usaha sama oleh semua pihak bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia secara inklusif dan menyeluruh. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings