the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Majlis Bandaraya Ipoh akan perkenal batik Perak sebagai produk istimewa baharu

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengetengahkan Batik Perak sebagai produk istimewa terbaharu yang dilihat mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata penggunaan tanah liat akan dijadikan salah satu daripada bahan alternatif untuk menghasilkan Batik Perak.

“Saya tidak mahu mendedahkan lebih lanjut mengenai Batik Perak ini kerana kita akan memperincikan lebih lanjut pada satu majlis bulan depan.

“Selama ini orang kenal Ipoh dengan pelancongan gastronomi, ekopelancongan atau bandar kreatif, jadi kita mahu memperkenalkan batik dengan jenama Batik Perak di bawah pelancongan budaya,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mural ‘City of Music’ Bandar Kreatif Ipoh UNESCO sempena sambutan ulang tahun ke-2 Lorong Seni @ Lorong Panglima di sini hari ini.

Rumaizi berkata setakat ini sebanyak 12 pengusaha batik tempatan terlibat dalam proses pembuatan Batik Perak yang akan menampilkan pelbagai motif dan corak.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan Batik Perak dapat menembusi pasaran antarabangsa antaranya China, Vietnam serta Thailand.

Sementara itu, lebih 3000 warga Ipoh telah memeriahkan sambutan berkenaan hari ini dengan dihidangkan pelbagai acara menarik seperti jualan kraftangan, karikatur, jualan kopi, pertandingan mencari bakat, demonstrasi Labu Sayong dan lukisan potret, pertandingan batu seremban serta pertandingan mewarna.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Taiwan entrepreneur Time Light Care brings smart elderly care to mainland as silver economy...

Time Light Care is expanding smart elderly care services in mainland China by combining Taiwan's long-term care experience with digital health technologies, as rising demand and supportive policies drive growth in the country's rapidly expanding silver economy.

Media startup World & New World Journal redefines global current affairs with 7-language service

World & New World Journal is expanding access to global affairs by providing free expert analyses and world leaders' speeches in seven languages, aiming to remove language and cost barriers while reaching readers in 148 countries through its multilingual platform.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings